sedia menerima tempahan Roti & Kek @ Putrajaya. WhatApps 017 - 2390180 untuk tempahan.

11 October 2016

Roti²

Assalammualaikum Semua.....
 
Hari ni Nora nak kongsikan roti-roti yang Nora buat. Alhamdulillah selepas balik dari kelas cikgu zalinzalina (boleh tgk blog dia) Nora terus berusaha membuat dan menjual roti... Yeay.... hehehehe...
 
 
 
Roti Sosej
Roti Kacang Merah

Roti Sarang Lebah
-ramai peminat ni-


Roti Sosej Bulat
-ala² pizza-
pack

Ehhh.... ni roti ape pulak ni

10 October 2016

Alhamdulillah

Assalammualaikum semua,

Alhamdulillah, terima kasih pada Allah atas rezeki yang dikurniakan pada kami sekeluarga....
Nora sekarang buat jual roti secara sambilan.  Jual kat opis, jual kat blok umah, jual kat kawan-kawan FB dan jual pada sape yang order :)... hehehehehe.....

Doakan nora terus success ye....

Ituari 1.10.2016 nora ade belaja buat kek jugak dengan cikgu yang sama kelas roti. Nanti nora upload gambar ye.

Sampai sini dulu.

*Dalam perancangan nak buka kelas roti. semoga dipermudahkan. Amin

11 May 2016

KELAS ROTI PUTRAJAYA

Assalammualaikum,

Nora nak buat kelas buat roti di Putrajaya. Anda akan pelajari teknik membuat bun yang lembut dan gebu walaupun hanya ULI TANGAN selama 5 minit aje. Antara jenis roti yang akan  anda pelajari ialah:

·                     Roti Kacang Merah
·                     Roti Kacang Hijau
·                     Roti Kaya
·                     Roti Tuna
·                     Roti Chicken Floss
·                     Roti Cheese Gula
·                     Roti Butter Garlic
·                     Roti Mini Pizza
·                     Roti Sosej Panjang
·                     Roti Sosej Silang
·                     Roti Jem
·                     Mexican Bun


Bonus..... Anda juga akan pelajari:

·                     Roti Sarang Lebah + Sos Butterscoh
·                     Pizza
·                     Roti Arab


Semua jenis roti ini akan anda akan buat sendiri. Hand-on 100%.
Kalau ade yang berminat boleh hubungi (WhatsApp, SMS) Nora di talian 017-2390180.
Yuran    : RM150.00
Tempat : Presint 11, Putrajaya
Masa     : 9.00 pagi hingga selesai
·         Makan Tengah Hari Disediakan
·         Semua Peralatan Disediakan & Hasil Produk boleh di bawa balik
·         Hanya ULI TANGAN roti tetap gebu dan lembut




Piza

Roti Sarang Lebah



 Roti Sosej Panjang


Roti Kacang Hijau & Merah

04 April 2016

Alisya ke Taska

Assalammualaikum...

Hari ni, hari pertama Alisya daftar ke Taska.  Dalam hati dah doa banyak² supaya Alisya x nangis bila hantar taska nanti. Jadinya tinggal lah Asyraf sorang sekarang kat rumah pengasuh.  Kakak Alisya dah masuk taska.  Asyraf jaga diri ye kat umah Mummy...
Skrg Nora hantar roti kat café ofis Nora ngan ofis adik Nora. Alhamdulillah dan Nora doa banyak² semoga roti habis dijual.  Pagi tadi Azli g hantar roti kat café, pastu Nora masuk opis dulu dan bawa Alisya sarapan sekali.  Lepas sarapan, hantar Alisya ke taska. Buat pendaftaran dan bayar yuran RM300 untuk yuran bulanan + pendaftaran.  Memula tu Alisya x nangis. Bila masuk je dalam bilik dan nampak budak lain nangis dia pun nangis..... huaaaahhhhhh..... Nora x boleh duduk lelama dalam bilik tu, nanti Nora pun nangis sama... Nora pujuk kejap je Alisya pastu cikgu dia amik. Nora terus keluar. Kat keluar pun masih kedengaran suara Alisya menangis...
Alisya sayang.... jangan nangis ye... Alisya kan budak pandai. Nanti petang ibu amik Alisya ye. Nanti ibu beli aiskrim :)

04 February 2016

Kelas Roti dengan Jiran²

Assalammualaikum...

Hari Ahad lepas Nora mengajar jiran² pulak buat roti.... Sesi pertama belah petang... lepas maghrib sambung lagi sesi kedua.... Huhuhuhu.... seronok pulak mengajar buat roti.... dan yang paling best jiran² tu seronok sebab dapat buat roti sendiri... Nora mengajar roti hanya dengan ULI TANGAN... roti tetap lembut dan gebu...


Tengah bentukkan doh

Roti Kacang Merah & Roti Kacang Hijau

Roti Sarang Lebah

Roti Sosej

dah siap bakar




Kelas Roti dengan kawan Sepejabat

Assalammualaikum,

Alhamdulilah.... lepas kelas roti ituari nora cuba buat roti dan jual di opis.  Alhmadulillah ramai yang suka. Lembut dan sedap katanya.... Sekarang boleh dikatakan setiap hari nora buat roti....
Atas permintaan kawan opis, mereka minta nora ajar buat roti. Rasa macam x percaya pulak nora boleh mengajar dan buat kelas roti...


kawan opis Nora

Kelas pertama: ade kekurangannya. Akan cuba diperbaiki.