Semalam, Nora buat Kek Gula Hangus. Nora ambil resepi dari blog azlitamasammanis. Alhamdulillah menjadi kek gula hangus yang Nora buat. Nora ikut semua step-step yang dinyatakan. Jom kita tengok resepi.
Resepi
Rujukan : azlitamasammanis
BAHAN-BAHAN
1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
CARA-CARA
Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk membuat gula hangus. Cairkan gula dalam pan leper.
Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau
sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula
tidak hangus.
Bila gula dah cair barulah tuangkan air
panas. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk. Bila dah cair sejukkan. Tunggu dia
betul-betul sejuk dan mencapai suhu bilik.
Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega. Kemudian sejukkan juga hingga mencapai
suhu bilik. Bila mentega dan gula dah sejuk,
barulah sediakan bahan yang lain.
Pecahkan telur dalam bekas dan kacau
hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu
hingga ia cair dan rata. Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni
juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais). Kemudian kacau rata perlahan aje.
Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan
kacau rata perlahan juga. Masukkan esen vanilla.
Kemudian masukkan tepung dan soda
(tepung dan soda diayak dulu). Kacau rata perlahan
Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata.
Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang
telah di lapik kertas pembakar dan dioleskan sedikit butter
Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4
jam. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya.
Bila di perap barulah
masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada
suhu 170C. Bakar selama 45 minit. Tunggu kek sejuk sebelum di potong.
|
Nora guna Loyang size kecil ... Pastu masuk dalam bekas plastik mcm kat atas ni. Dapat dua bekas. |
|
Dah potong. Nampak x sarang-sarang tu... |