sedia menerima tempahan Roti & Kek @ Putrajaya. WhatApps 017 - 2390180 untuk tempahan.

04 September 2014

Pola Baju Kurung

Assalammualaikum....

Bersiaran setelah lama menyepi... cewahhhh....

Di sini Nora nak kongsikan pola Baju Kurung. Kalau ade yang x faham boleh lah comment ye. InsyAllah Nora akan cuba menjawab segala kemusykilan. Boleh clik gambar untuk lebih jelas.


Pola Baju

Pola Kain Susun Tepi

11 June 2014

PD

Assalammualaikum....

7 hingga 9 Jun ituari Nora sekeluarga dan family mertua pergi bercuti ke Port Dickson. Cuti sekolah kan..... jadi mak mertua ajaklah jenjalan ke PD. Penginapan diseponser oleh Bapa mertua....  hari pertama tu kitaorg bermalam kat Lexis... cantik tempat dia. boleh memancing dari koridor je..... Hubby nora pun sukalah tuuu.... memancing mmmg minat dia.... nora ade jugak memancing... dapat jugak 3 ekor ikan..... esoknya pulak kitaorg pergi ke Tiara Beach resort (dah tukar nama. x igt lah pulak nama peee). Kat sini kolam besar dan banyak skit mainan. Seronok bebudak tu mandi kolam... Aliah ngan Aqil dah bertukar warna kulit dah..... hehehehehehhe....

Nora & Azli

pemandangan dari koridor



20 May 2014

Tarikh & Masa

Assalammualaikum.......

Huhuhuhuhu...... Nora baru tau nak setting masa kat blog nie.... hahahahahaha..... almaklumlah baru nak mula berblog. Jadi semua post nora sebelum nie berubah masa dan tarikh... aduhhh..... mcm mana la blh jd mcm nie.... hikhikhikhik. oleh itu start post ini nora dah set masa yang betul. masa ikut (GMT+08:00 Kuala Lumpur). Sekian terima kasih....

Hari Keluarga, JKA

Assalammualaikum...

17 Mei 2014 lepas opis Nora ade buat hari keluarga. Buat kat Bagan Pinang, Port Dickson.  Nora bertolak dari rumah dalam 6.45pg. Sampai lebih kurang 8.00pg gitu. Hari keluarga tu buat half day je. Takde penginapan disediakan. Tapi makanan disediakan. Seronok jugak la anak² mandi pantai ngan main game yang disediakan. Aliah dpt hadiah untuk game dia main (masuk air dalam botol). menang no satu lagi..... Aqil pulak masuk tiup belon sampai pecah. tapi x pecah pun belon tu.... hehehehehehe....

Dalam kul 10.00pg hujan turun. terpaksalah berhenti kejap aktiviti Hari Keluarga. Pukul 11 lebih sambung balik aktivti walaupun hujan renyai.... pukul 3.30 habis dan sampai umah dalam pukul 4.45 gitu....


Baru sampai

Alisya dapat belon

Aqil tiup belon

Aliah masuk air dalam botol
terzoom pulak gambo aliah nie....

06 May 2014

Darul Syiffa

Assalammualaikum....

Semalam Nora ngan hubby g bawa Alisya ke Darul Syiffa.  Nak cuba perubatan tradisional pulak. Mintak air penawar, semoga Alisya sihat² selalu. Sampai je kat DS terus tulis nama kat pendaftaran. Memula nak masuk tu mcm segan jugak. Maklumlah x pernah sampai. Masuk² je Nampak berkotak² air mineral. Nora amik satu botol kecik, satu botol besar. Tunggu kejap (x ramai orang sangat) nama Alisya pun dipanggil. Masuk bilik rawatan 1. Ustaz tu pegang² Alisya sambil baca-baca doa. Sebelum baca doa tu, ustaz suruh buka penutup botol air dulu. Dah siap..... tu aje. Balik nnt, Ustaz suruh mandi 3 kali berturut² dan minum air nie.  Insyallah.....

29 April 2014

Rindu

Assalammualaikum......

Lamnya rasa x update citer kat sini..... Banyak rasanya Nora nak cerita. Tapi x berkesempatan. Alisya masuk wad 17 April dan discharge 24 April. Alisya demam on off. Pergi klinik amik darah semua, Dr kat klinik suruh refer kat hospital. Alhamdulillah Alisya dah sihat sekarang. Baru ari nie Nora mula kerja.

13 April ituari hantar mak abah pergi umrah. 24 April balik Malaysia. Sama tarikh Alisya kluar wad. Sepanjang alisya di wad Nora x bagitau pun mak abah. Takut diorg susah hati kat sana. Alhamdulillah mak abah Nora selamat mengerjakan ibadah umrah. Cuma x sihat sikit bila sampai sini.

Bila dah lama cuti rasa malas nak kerja. Rindu sangat dekat Alisya sekarang nie...

Alisya baca buku kat bilik rehat
 
 

Hantar Mak Abah g Umrah


11 April 2014

InsyaAllah


Kaki Alisya

Hari selasa itu ari lepas balik kerja Nora & hubby bawa alisya ke klinik nak cek kaki dia yang sakit tu kat Klinik P9. Dah jumpa Doktor tapi Dr. kata teruk jugak nie, kena x-ray. Dr buat surat refer Hospital untuk x-ray sbb kat klinik petang² x-ray x bukak.... Dalam hati kata kena g hospital ke, mesti lambat punya. Tapi nak buat mcm mana tetap pergi jugak lah kan. Sampai hospital dalam pukul 6 petang. pergi kaunter triage, Nurse cek suhu badan alisya, pastu tgk kaki dia. Pastu Nurse kepit alat ape ntah kat ibu jari kaki lagi satu yang x sakit tu. (x tau lah utk ape alat nie). Suhu badan alisya 38c. Ehhh demam ke anak ibu nie... 38c tuu tinggi jugak.. hehehhehehe nurse pun bagi ubat punggung & aku yang masuk kan sendiri ubat tu kat montot dia yang tecit tu.....

Kemudian baru daftar dan dapat nombor 0068. Kemudian kami pergi bilik x-ray. Nora & hubby masuk bilik tu dan disuruh pakai satu baju (berat jugak baju nie. ntah ape dlm isi baju nie) sebelum nak x-ray tu. Nora pegang alisya dan hubby pegang kaki alisya masa nak x-ray tu, jgn bagi kaki alisya gerak². Nasib baik anak ibu x nangis.... cuma memula tu je x reti duduk diam kaki tu.

Pastu kami ke kecemasan semula. Tunggu punya tunggu la.... Aliah dan Aqil pun ikut sekali. Sekejap masuk, kejap keluar, kejap pegi beli makanan (roti, air) tapi x panggil lagi no 0068.... Tunggu lah kami lima beranak kat hospital tu.. Kdg tu hubby bawa lah aliah & aqil g lobi utama lepak² kat situ. Kat situ diorg blh lari², main² ke. kalau kat kecemasan tu nak lari² mau terlanggar pesakit kat situ.... dah lah ramai orang...

Akhirnya jam 8++ malam baru dipanggil. Alhamdulillah apabila Dr tengok x-ray dan kaki alisya, semua ok. Cuma perlu jaga kebersihan kat kaki, kalau darah keluar lap bersih je. Nanti bila kuku baru tumbuh dia akan tolak kuku yang dah mati tu.... kuku yang mati tu akan tertanggal sendiri nnt. Mcm manalah keadaan kuku alisya tu ye nnt...... Pukul 9pm siap. Ubat xde pun bagi. Lepas tu kitaorg pegi makan laaa. lapo tuuuuu..... hehehehehhee....


biru kuku kakiku

Blog?

Assalammualaikum...

Blog? Dulu x pernah pun terfikir akan ade blog sendiri.... Akhirnya terciptalah blog ini.... Idea buat blog? Ermmmmm memula terbaca blog orang lain dan selalu followup blog orang. Nora lebih tertarik pada blog² mereka yang TTC (try to conceive). Pengalaman mereka menceritakan usaha² untuk mendapatkan zuriat sendiri. Ada yang sedih, gembira, dll. Kekadang cerita yang sedih tu sampai Nora pun mengalirkan air mata... sungguh hebat ujian yang mereka hadapi. Sesungguhnya mereka adalah insan² yang terpilih untuk diuji oleh Allah.
Dan Nora bersyukur sangat atas kurniaan zuriat untuk Nora & Hubby, akan kami jaga amanah Allah ini sebaik mungkin. Amin.

09 April 2014

Keluarga

Assalammualaikum....

Hari nie nak cerita pasal keluarga Nora sikit.... 

Nora kawin pada 4 September 2004. Alhamdulillah.... Nora & Hubby dikurniakan 3 cahaya mata. 2 perempuan & sorang lelaki. Yg sulung Nur Aliah Batrisya. Sekarang darjah 3. Yang kedua Muhammad Aqil berumur 6 tahun dan yang ketiga Nur Alisya 1 tahun. Alhamdulillah atas rezeki anak yang Allah bagi pada kami. InsyaAllah... Nora & hubby akan jaga sebaik mungkin amanah yang Allah berikan pada kami.

Nur Aliah Batrisya dah besar dah.... Alhamdulillah dah darjah 3 sekarang.... Perangai dia masih boleh terkawal. Dengar cakap kami. Rajin bila suruh buat kerja tapi ade lambat sikit laa....

Muhammad Aqil nie perangai dia.... uiiihhhhhhh.... x tahan kadang² emosi ini.... terlepas jugak kemarahan ini pada dia.... Bila dia dah pandai menjawab... bila dia dah pandai cakap yg bukan²..... terpikir dari mana dia belaja semua nie... mungkin Nora x perasan.... ape yang dia belajar mungkin dari kami jugak.... Tetapi kekadang Muhammad Aqil nie pandai amik hati... bila dia buat silap cepat² minta maaf... pastu siap cium pipi lagi.... sayang ibu..... Ibu pun sayang Aqil jugak.....

Nur Alisya sedang membesar... keletah dia menceriakan kami sekeluarga.... belum pandai buat perangai lagi.... cuma nak lebihkan perhatian dari kami....

Semoga anak² Ibu & Abah sentiasa dilindungi Allah.... Amin.

♥♥♥p/s : Anak keempat.... (dalam perancangan, semoga diizinkan Allah)♥♥♥


Aliah, Aqil, Alisya





Kesian anak ibu

Assalamualaikum...

Semalam nora x keje sebab Alisya muntah² malam tu, risau pulak nak hantar umah pengasuh esoknya, takut Alisya muntah² pulak kat umah pengasuh. Maka nora pun mencutikan diri semalam.

Dapat lah kemas umah skit². Nak dijadikan cerita pulak, tengah sibuk² nora basuh pinggan. Alisya nie pun sibuk la masuk dapur. Bukak tutup bukak tutup kabinet dapur......... tiba tiba....... huarghhhhhh........... nora yang basuh pinggan nie terus berhenti dan tengok ape yang Alisya huargghhhhh tu..... sob sob sob.... sedih ..... rupanya tin susu jatuh kat kaki dia. Ya Allah........ biru terus kuku ibu jari kaki dia.... mesti sakitkan... kekadang Nora yang tersepak kat kaki kerusi ke.... apa² lah pun menjerit kalau kena.... ini kan kaki Alisya yang comel lagi gebu tu, kena tin susu... berat pulak tu....

Terus nora amik dia yang sedang menangis kesakitan dan sapu minyak...... Masuk dapur balik, nyorokkan tin susu tu dalam² skit.... Kesian anak ibu......

04 April 2014

Sambutan Hari Lahir

Assalammualaikum....

Hari nie kat opis ade buat Jamuan Hari Lahir bagi bulan Januari hingga Mac.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Menu adalah mee kari dan kuih muih....
Pekerja cemerlang bulan nie ialah Widya.... Tahniah.... (bulan depan aku pulak... muahehehehe)

03 April 2014